Wednesday 16 November 2011

Nota Server Configuration in Ubuntu Linux

Berikut saya sertakan nota yang saya perolehi dari internet untuk dikongsi bersama berkenaan various server configurations in Ubuntu Linux. Hopefully dapat membantu persediaan para pelajar DNS5 untuk peperiksaan akhir. Credit to the author that willing to share his/her notes!!

http://nimonas.blogspot.com/p/notes.html

Monday 14 November 2011

Markah PB Terkini F4220 Server Management bagi kelas DNS5

Berikut merupakan markah akhir PB (belum rasmi) bagi Kelas DNS5 untuk kursus F4220 Server Management.

http://www.box.net/s/4os2e0r18r17s5zko8f

Sekian harap maklum

Final- Markah PB DIP3 untuk kursus FP303 Computer Network

Alhamdulillah... setelah berhari-hari bertungkus lumus, akhirnya markah PB untuk kelas DIP3 bagi kursus FP303 berjaya jugak disiapkan. So, bagi para pelajar saya.... sila dapatkan keputusan markah PB anda di link berikut. Sekian, harap maklum.
Terima Kasih


Tuesday 1 November 2011

Markah PB Terkini FP303 Computer Network bagi kelas DIP3

Mohon semua pelajar DIP3 untuk semak status markah PB terkini masing-masing. Sekiranya ada sebarang masalah, mohon berhubung dengan saya segera!

http://www.box.net/shared/yhn4vrvt5s96f5yn5msg

Sekian, harap maklum dan Terima Kasih

Tuesday 11 October 2011

Markah Terkini Penilaian Berterusan F4220 Server Management

Berikut merupakan markah terkini PB bagi pelajar-pelajar saya (DNS 5) untuk kursus F4220 Server Management. Mohon pelajar-pelajar DNS 5 untuk menyemak markah terkini ini dan kalau ada pembetulan mohon dimaklumkan kepada saya segera. Kepada pelajar-pelajar DNS 5 yang masih belum menghantar tugasan/ lab/ kuiz.... mohon lakukan segera. Untuk makluman semua, kita cuma tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum final exam... Sekian, harap maklum.

http://www.box.net/shared/h6hemmshvdnmeonb4irv

Wednesday 6 July 2011

Heppi 5 Years Old Besday Ikhwan!!!!

Alhamdulillah.... at last aku diberi kekuatan juga untuk unpdate blog yang sudah lama aku tak usik. Bukan apa, sejak berpindah di Sabak Bernam ni, hidup masih tunggang langgang... masih terkial-kial nak menyesuaikan diri di tempat baru. Sekarang ni lah baru boleh tarik nafas lega sikit. Tapi letihnya masih tak hilang-hilang... bila hujung minggu ja mesti travelling. Kalau tak balik Kulim, balik ke KL lak.... alahai letihnya berpindah.. Tu yang sejak pindah ni sampai 2 kali demam.

Hari ni, besday putera tunggalku Ikhwan yang ke 5 tahun.Malam tadi bawak Ikhwan makan KFC. Tapi mcm biasa lah, yang beriya makan ibu n abah dia lah. hehehe...... Tapi sedih jugak lah, sebabnya hari ni aku takleh bersama famili sempena besday Ikhwan sebab aku akan bertolak ke New Delhi kul 6.20pm ni... Tapi aku dah amik langkah awal. Hadiah-hadiah Ikhwan dah dibeli minggu lepas. Beli Optimus Prime n Bumble Bee kat Toy's R us masa balik Kulim. Mahal jugak... terbanglah rm200. Tapi takpelah, sayang anak punya pasal. Untuk Ikhwan... InsyaAllah, abah akan belikan something di India nanti.... Sayang Ikhwan!!!

Thursday 3 March 2011

Nameste India!!



Akhirnya.... setelah agak lama merancang, aku ambil keputusan untuk meneruskan hajat melancong ke India. Terima kasih buat En Mamsin yang bagi cadangan untuk ke negara yang terkenal dengan citer hindustan ni walaupun dia masih lagi mencari masa yang sesuai untuk membeli tiket ke sana....hehehe. Aku open projek Nameste India ni kat semua staf PSP atas nama Lawatan Tinjauan ke Luar Negara anjuran PERKATA. Tapi macam biasa lah, aku tak bagi harapan tinggi untuk dapatkan staf PSP yang joint trip kali ni. Yelah.... kos nya agak mahal... kurang lebih RM2500. Apa taknya tiket je dah RM1024. Itu pun nasib baik sempat beli tiket masa promotion... naik MAS lagi. Tapi sekarang promo dah habis... harga tiket dah cecah RM1900.

Trip kali ni aku tak bajet ramai yang follow. Dalam 10 orang pun ok dah. Ramai-ramai pun buat pening kepala ja. So untuk trip kali ni, yang dah beli tiket.... aku, Kak K, Yana (anak Kak K), Abg Nazari (suami Kak K), Abu Seman, Kak Ros, and Aziz.... Tapi aku open jugaklah, pada sapa-sapa yang nak joint kan.

InsyaAllah, kami akan gi pada 7-12 Julai 2011 (6hari 4malam). Melancong kat India ni kena banyak hari sikit sebab tempat-tempat menarik dia jauh dari satu tempat ke tempat lain. Kami akan melawat Delhi- Agra- dan Jaipur. Tak sabar rasanya nak tengok Taj Mahal, salah satu benda ajaib di dunia. Tapi apa-apa pun, aku kena cari pakej ground yang terbaik dulu.....nameste India!!!!

Wednesday 23 February 2011

Bila lah nak terror main golf

Sukan yang nampak mudah dan selalu dianggap permainan golongan elite! Apa lagi kalau bukan GOLF. Tapi hakikatnya, golf ni susah rupanya kalau nak pukul. Memang mula-mula tengok orang main, nampak macam senang. Bila time sendiri nak pukul... baru tauuuu!!! Aku main golf dah nak masuk 2 tahun. Tapi still terkontang-kanting nak dapatkan cara dan teknik swing yang betul. Kalau nak dilihat pembabitan aku dalam golf ni... mulanya sekadar nak teman pak mertua aku ja. Ye lah.... org tua tu pencen dan dah banyak masa free, apa lagi golf lah jawabnya. Tapi lepas aku terlibat seronok jugak..... Cuma yang tak seronok bila pukul tak menjadi. Memang macam hampessss!!! Apa-apa pun aku tak putus asa. Mudah-mudahan satu hari nanti boleh konsisten dan jumpa teknik hayunan yang sesuai untuk aku. To my father in law.... TQVM for involving me into your golf world!!! Sekurang-kurangnya aku bersenam jugaklah daripada tak buat apa2...hehehe

Golf Lessons

Tuesday 22 February 2011

Kelas Cisco CCNA


Minggu ni aku diminta oleh Syahrizad untuk mengajar lagi kelas Cisco CCNA. Hmm.... berat hati sebenarnya.. Bukan apa, aku ni tak de lah terror pun CCNA ni. Sijil CCNA aku pun dah tamat tempoh pun bulan January yang lepas. Takut nanti tersalah ajar, kesian kat budak-budak tu... Tapi kalau ajar untung jugak... masyuk sikit duitt...hehehe. Tapi tu lah, kena pulun study dulu lah sebelum kelas 26hb Februari ni. Mudah-mudahan aku berjaya lah....amiiiinnn

Jom buat blog.....


Hari ni buat julung-julung kalinya aku buat blog. Dah lama dah nak buat... tapi asyik sibuk je memanjang. Kebetulan lak unit aku buat kursus bina blog ni... aku pun joint sama laaa. Hehehe.... selepas seharian attend kursus ni, ni je lah yang mampu aku buat. Ntah macam apa ntah.... malu je lak. Tu lah, dulu masa kat U tak mau belajar betul-betul. Tapi takpelah, at least aku ada initiatif nak start hobby baru ni. Pada hangpa yang terbaca, komen-komen lah apa yang patut...TQ