Wednesday 6 July 2011

Heppi 5 Years Old Besday Ikhwan!!!!

Alhamdulillah.... at last aku diberi kekuatan juga untuk unpdate blog yang sudah lama aku tak usik. Bukan apa, sejak berpindah di Sabak Bernam ni, hidup masih tunggang langgang... masih terkial-kial nak menyesuaikan diri di tempat baru. Sekarang ni lah baru boleh tarik nafas lega sikit. Tapi letihnya masih tak hilang-hilang... bila hujung minggu ja mesti travelling. Kalau tak balik Kulim, balik ke KL lak.... alahai letihnya berpindah.. Tu yang sejak pindah ni sampai 2 kali demam.

Hari ni, besday putera tunggalku Ikhwan yang ke 5 tahun.Malam tadi bawak Ikhwan makan KFC. Tapi mcm biasa lah, yang beriya makan ibu n abah dia lah. hehehe...... Tapi sedih jugak lah, sebabnya hari ni aku takleh bersama famili sempena besday Ikhwan sebab aku akan bertolak ke New Delhi kul 6.20pm ni... Tapi aku dah amik langkah awal. Hadiah-hadiah Ikhwan dah dibeli minggu lepas. Beli Optimus Prime n Bumble Bee kat Toy's R us masa balik Kulim. Mahal jugak... terbanglah rm200. Tapi takpelah, sayang anak punya pasal. Untuk Ikhwan... InsyaAllah, abah akan belikan something di India nanti.... Sayang Ikhwan!!!