Wednesday, 23 February 2011

Bila lah nak terror main golf

Sukan yang nampak mudah dan selalu dianggap permainan golongan elite! Apa lagi kalau bukan GOLF. Tapi hakikatnya, golf ni susah rupanya kalau nak pukul. Memang mula-mula tengok orang main, nampak macam senang. Bila time sendiri nak pukul... baru tauuuu!!! Aku main golf dah nak masuk 2 tahun. Tapi still terkontang-kanting nak dapatkan cara dan teknik swing yang betul. Kalau nak dilihat pembabitan aku dalam golf ni... mulanya sekadar nak teman pak mertua aku ja. Ye lah.... org tua tu pencen dan dah banyak masa free, apa lagi golf lah jawabnya. Tapi lepas aku terlibat seronok jugak..... Cuma yang tak seronok bila pukul tak menjadi. Memang macam hampessss!!! Apa-apa pun aku tak putus asa. Mudah-mudahan satu hari nanti boleh konsisten dan jumpa teknik hayunan yang sesuai untuk aku. To my father in law.... TQVM for involving me into your golf world!!! Sekurang-kurangnya aku bersenam jugaklah daripada tak buat apa2...hehehe

Golf Lessons

Tuesday, 22 February 2011

Kelas Cisco CCNA


Minggu ni aku diminta oleh Syahrizad untuk mengajar lagi kelas Cisco CCNA. Hmm.... berat hati sebenarnya.. Bukan apa, aku ni tak de lah terror pun CCNA ni. Sijil CCNA aku pun dah tamat tempoh pun bulan January yang lepas. Takut nanti tersalah ajar, kesian kat budak-budak tu... Tapi kalau ajar untung jugak... masyuk sikit duitt...hehehe. Tapi tu lah, kena pulun study dulu lah sebelum kelas 26hb Februari ni. Mudah-mudahan aku berjaya lah....amiiiinnn

Jom buat blog.....


Hari ni buat julung-julung kalinya aku buat blog. Dah lama dah nak buat... tapi asyik sibuk je memanjang. Kebetulan lak unit aku buat kursus bina blog ni... aku pun joint sama laaa. Hehehe.... selepas seharian attend kursus ni, ni je lah yang mampu aku buat. Ntah macam apa ntah.... malu je lak. Tu lah, dulu masa kat U tak mau belajar betul-betul. Tapi takpelah, at least aku ada initiatif nak start hobby baru ni. Pada hangpa yang terbaca, komen-komen lah apa yang patut...TQ