Thursday, 3 March 2011

Nameste India!!



Akhirnya.... setelah agak lama merancang, aku ambil keputusan untuk meneruskan hajat melancong ke India. Terima kasih buat En Mamsin yang bagi cadangan untuk ke negara yang terkenal dengan citer hindustan ni walaupun dia masih lagi mencari masa yang sesuai untuk membeli tiket ke sana....hehehe. Aku open projek Nameste India ni kat semua staf PSP atas nama Lawatan Tinjauan ke Luar Negara anjuran PERKATA. Tapi macam biasa lah, aku tak bagi harapan tinggi untuk dapatkan staf PSP yang joint trip kali ni. Yelah.... kos nya agak mahal... kurang lebih RM2500. Apa taknya tiket je dah RM1024. Itu pun nasib baik sempat beli tiket masa promotion... naik MAS lagi. Tapi sekarang promo dah habis... harga tiket dah cecah RM1900.

Trip kali ni aku tak bajet ramai yang follow. Dalam 10 orang pun ok dah. Ramai-ramai pun buat pening kepala ja. So untuk trip kali ni, yang dah beli tiket.... aku, Kak K, Yana (anak Kak K), Abg Nazari (suami Kak K), Abu Seman, Kak Ros, and Aziz.... Tapi aku open jugaklah, pada sapa-sapa yang nak joint kan.

InsyaAllah, kami akan gi pada 7-12 Julai 2011 (6hari 4malam). Melancong kat India ni kena banyak hari sikit sebab tempat-tempat menarik dia jauh dari satu tempat ke tempat lain. Kami akan melawat Delhi- Agra- dan Jaipur. Tak sabar rasanya nak tengok Taj Mahal, salah satu benda ajaib di dunia. Tapi apa-apa pun, aku kena cari pakej ground yang terbaik dulu.....nameste India!!!!